Friday, May 25

tujuh hari lagi...

assalamualaikum...

tujuh hari lagi ape??
alah tujuh hari lagi kan nak jadi isteri orang
ooo..
guulpp!! wut??
tujuh hari lagi??
preparation??!!

hurmmm..

preparation ape jer nak kene buat pon?? haha..
memang soalan nak mintak pelempang laju2 kan.

aku pon tak tau preparation ape nak buat.
seyes!!
aku tengah duduk bersenang2 lagi skung nie.
boleh lagi slumber tokek blogging
still slumber tenuk mengawan berfb-ing
dan still slumber kongkang bangun lambat tanpa rasa bersalah membiarkan mak yang dok kemas semak samun, memikul tong racun sekeliling umah.
slumber badak jer kan.

hurmmm..

seseorang yang tidak berada di situasi seseorang yang lain tidak akan mengetahui ape yang seseorang tuh rasa.. erkk.. ape aku merepek nie. entah. aku pon tak tahu ape yang aku sedang merepek kan.

korang jangan ingat kawen ni seronok ea. puihh!! dulu aku pon berfikiran macam korang fikir.
bile sebut kawen jer.. waaahh!! bestnyer kawen.. eiii.. tak sabarnyer nak kawen.. sampai penah terfikir bile turn aku plax nak kawen?? padahal umor baligh pon tak lagi tyme tuh. tapi dah excited kucing. haha..

bluuerkkk..!!

jujur cakap kawen nie perlu dan sangat memerlukan kekuatan emosi dan mentel yang sangat kuat. betol wehh.. aku sampai dah tak larat nak fikir. memang sebulan yang lepas banyak bermain dengan emosi dan perasaan. memang kadang sampai menangis tanpa disedari.. wahh gitu ayat. dramatik kan. haha..

seminggu yang lepas trasa sangat tension. majlis lagi 2minggu. tapi kad baru nak tempah. then bile dah tempat kad. masalah pulax dengan orang yang buat kad. janji 5 hari kad boleh siap tapi.. tahi lah.. eiii.. gerammmm!! seyes geram. rasa macam dipermain2kan. janji ari jumaat siap. bile telefon kate xsiap lagi. ari sabtu baru leh siap. ok.. aku bagi peluang lagi. bile telepon ari sabtu kate ari isnin plax.. bile datang ari isnin kate petang kang baru kad sampai.. perhh!!  jadah ape ntah minah nie.. kan free2 makan maki aku aritu. aku rasa aku lah manusia yang susah nak maki orang secara depan2. tapi minah telan berjaya membuat aku jadi manusia yang sebegitu kejam. maaf. anda yang mulakan dulu. sumpah cakap. agak menyesal. sebab tuh kite kena dengar cakap mak. nie lah padahnyer bile melawan ckap mak. mak maaf.. angah takde niat nak ingkar.. insaf..

huh!!

tuh baru cerita kad.

cerita borang nikah belom lagi..

hahaha..

nie lagi dramatik..

korang nanti nak kawen. wat lah preparation lebih awal. nak2 yang bakal kawen dengan pasukan beruniform nie. memang kena rancang betol2. kalau tak nanti bermasalah macam aku..

sebab...

borang nikah aku tak setel lagi!!!

yayunkk.. bile nak bagi anje borang nie..

waiting...

sangat sakit...

rasa hidup tak tenang sangat bile borang nikah tak setel..

lain2 bende kalau tak setel tak pe lagi. aku still cool lagi
kalau khemah untuk majlis nanti takde lagi pon aku tak gelabah sangat. 
kalau orang main kompang pon tak de aku masih jugak boleh bernafas lagi
atau pon kalau orang nak cuci pinggan mangkuk pon tak de aku tetap tak kesah!!
tapi bile borang nikah tak done lagi.. aishh
nie kes parah..

yayunkk.. pinjam bahu. kite nak nanges lah..
takot tak dapat kawen..
tak mahu. tak mahu..
korang tolong doakan perjalanan majlis kawen aku..
"Ya Tuhan. permudahkanlah urusan hambaMU ini"

hanya tinggal tujuh hari hidup single.
hanya tinggal tujuh hari aku nak meroyan dan perangai gileq2
hanya tujuh hari lagi boleh tido dengan bantal buchuk
hanya tujuh hari lagi boleh bangun lewat
hanya tujuh hari lagi nak manje dengan mak abah.
hanya tujuh hari lagi makan mak masak.
hanya tujuh hari lagi...


so.. tujuh hari lagi dan
tujuh hari nie sangat2 bermakna buat aku.
tujuh hari nie baru aku nak 100percent wat preparation.
tujuh hari nie baru aku nak 100percent serius.
dan aku nak hargai tujuh hari yang ade nie sebaiknya.

note : aku memang seorang yang ambil mudah dengan sesuatu perkara. tapi aku lupe. perkara kawen nie bukan benda main2 dan bukan benda yang boleh diambil mudah. kalau masa boleh diputarkan.... tapi masa tetap bergerak.

sangat2 berterima kasih dengan saudara mara dan sahabat yang ambil berat dengan aku. sangat terharu ok nyah!!

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui' (Surah An-Nur 24:32)


2 comments:

naqib faiz said...

lek ju lek.. kalau geng basuh pinggan mangkok takde, aku ada. jangan risau, jangan cemas. kalau tok kadi tak sampai-sampai, jangan menggelabah, aku ada sijil jadi tok kadi. kompang? takde masalah, periuk belanga aku buat jadi percussion. hahaha.. yang penting, kawen tu seronok der.. auww.. hahahahaa..

p/s: kad kawen ko tu xnak bagi aku ker? xsampai2 lagi ni

simerah said...

haha.. yolah ko tuh peah..
nnt tolong jg org penanggah ye.. hehe..

ehh dah pos kad kot. xsmpi lg ker.. posmen sesat kot. huhu