Showing posts with label cinta aku. Show all posts
Showing posts with label cinta aku. Show all posts

Sunday, May 15

tanjung bidara

tanjung bidara.
2nd tyme aku sampai sini. aku fikir takkan ada peluang datang sini lagi.. tapi takdir menentukan aku kembali semula menjejakkan kaki lagi di pantai ni. 
(aishh,, pe ke jiwang sangat aku tulis nie..hoho)

eermm..ingat lagi 1st tyme jejak kaki kat sini. tyme tuh aku sekolah lagi. form 4 cam tuh la. tak berape ingat sangat bende dah lame kan..huhu~~ tyme tuh pon datang sebab ade kem motivasi tok dak2 PRS. 2 orang jer yang terpilih join kem motivasi tuh. aku dengan zuhairah  
(best pren aku la sape lagi kan).

petang tadi meroyan pegi tanjung bidara. tak bajet pon nak pegi. tetibe jer rase nak tengok sunset kat tanjung bidara. so ajak la mr. F pegi..thankz awok. bawak kite datang sini..

wahh!! pe lagi meroyan la aku main air. panjat pokok. panjat batu beso. syiokk oo.. pas dah tengok sunset baru balik. tapi tak dapat nak tengok sunset jatoh betol2 sebab terhalang dengan awan. tak cam sunset yang aku tengok tyme aku pegi singapore dengan dak2 kozmate aku. takpo lah. tak da rezki nak tengok sunset kat tanjung bidara. ape2 pon,  tanjung bidara sangat best sebab aku pegi dengan insan istimewa.. heehe~~ (malu)

Friday, March 25

~~~~~

ok stop berinternet izz. dari tadi mr.F tunggu nak msg. ermm.. mr.F sabo ea. ade keje sikit tadi. then tibe2 semangat nak update blog banyak2 dalam sejam nie. and usha2 fb.(gilo punyer semangat) hahaha~~
patot dapat jumpe mr.F arinie. tapi......... 
erm.. tak pe mr.F. kite paham. da masa free kite roger2 jmpe ek.. lalalala~~

*****

wahh!! banyak nyer cik nina nie upload gambo2 dak kelas yang comei2 kat group. agaknyer mood meroyan die da datang la tuh (maaf nina terkutok pulok..hehe) tapi maaf ek aku tak berape nak bagi komen sangat. sebab terlalu seronok bace komen2 kosmate aku yang len sampai tak tau celah mane nak mencelah..haha~~tak pe aku sekadar pemerhati..

ok2. nak pegi tengok cite secret garden sambil baring2 msg ngn mr.F.. lalalala~~

Saturday, March 19

cinta

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,
Dua tangan untuk memegang,
Dua telinga untuk mendengar,
Dua mata untuk melihat,
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya ..C.I.N.T.A...



~~aku punya manja engkau saja boley rasa~~

Wednesday, March 9

rindu awak ketat2

rindu awak ketat-ketat..eeii..yarrkkzz..geli jer...hahaha~~ 
geli ker?? ...tett.. malu siot!! *blushing da nie* wink2!! 


bile rindu seseorang ape patot kite buat :
-tengok gambar2 dengan die tyme dolu2 *flashback la pulok*
-play balik video yang penah kite rakam dulu tyme dating ngan dia
-anto mms rindu kat die "miss u..miss u..miss u" banyakkk..banyak..banyak..sebanyak yang mungkin sampai tOpup habis.. *untuk buktikan rindu dia ketat2* haha~~
-cipta sajak rindu kat dia *tuh pon kalau kreatif* hee..

**************
di suatu hari penah dia tanya aku....

DIA : awak2, nape awak tak penah nak letak gambo2 kite kat blog awak, kat fb awak?? nape2? awak malu ea dengan kite? *nada sedey :( *

AKU : bukan kite malu nak letak gambo awak. tapi kite tak suke nak publish2 pakwe nie.

DIA : yeke, kite tau la kite tak hensem, kite tak segak,, *nada beliau seakan2 merajok*

termenung.. *sambil garu2 pipi* : "adehh camne nak explain nie"
AKU : ehh2 bukan camto awak. tak perlulah kite nak jaja gambo2 awak kat fb, kat blog..tak perlu. cukuplah kite sorang jer yang tengok gambo awak.. orang len nak tunjuk dorang punyer pkwe or mkwe tuh dorang punyer pasal. tapi tuh bukan cara kite awak.. bia la awak tak hensem, tak segak dimata mereka tapi cukuplah awak sempurna dimata kite * fuhh.. berjela2 aku punyer explaination jiwang tahap babun padang pasir*

DIA : nape awak tak penah tulis kat blog awak pasal kisah cinta kite dengan awak??

AKU : bukan takmo tulis awak, bialah kisah cinta kite dengan awak menjadi rahsia kite. tak perlulah nak bagitau 1 dunia. tak pe awak, cukup kite sowang jer tahu ok..

DIA : senyum

AKU : senyum



nie kalau dia bace mau kembang kempis hidong.. haha~~
mr.F rindu awak ketat2..hikhik.. :)

Sunday, February 27

tak larat sgt2 nie

sa,,sa,,sa,,sangat..sangat..sangat mengantok..


xlarat nak tulis entry pepanjang cam selalu. walaupon idea tengah mencurah2 ke ladang lembu tenusu nie. ~~hahahahahahahahahahahahahahahahahaha~~

takpe lah..hold dulu..tunggu mood meroyan nak berblog betol2 'high' baru aku potpet..potpet dalam nie. huhu..

to my mr.F..sorry..
wa penat sangat nie,
ngantok pon ye jugak nie.
lu pon da tido kan??
wa malas nak kacau lu,
wa sajer takmo ending malam nie,
sajer bagi lu tido sampai pagi.

~~nyte~~

Tuesday, November 30

hanya kamo



"Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman, mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha, tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah (S.A.W)"

aku tak perlukan teman kacak seperti die
aku hanya mahukan teman seperti kamo
tidak sekacak Brad Pit, tidak perlu setampan Aaron Aziz
tidak pula perlu sekiut Aidil Zaquan
aku hanya mahukan yang sedap mate sepertimu
kerna...
apabila aku melihatmu, ketenangan datang bersamaku.

aku tak perlu teman sekaya die
rumah banglo bertingkat2
kereta ferari berderet2
ape yang aku perlukan ialah...
teman sederhana seperti kamo
tidak kaya, takot kau akan riak padaNYA
tidak pula miskin, takot kau akan menyalahkanNYA
biarlah kita cukup makan pakai 
seterusnya bersyukur dengan rezki dariNYA
kerana itu lebih bereti dari berlebih2 dgn harta dunia.

aku tak perlukan teman sebijak die
cukuplah teman seperti kamo
tidak bijak menabur janji manis
tidak bijak bermain kata2
sebaliknya 
teman yang bijak memberi nasihat
bijak memberi dorongan dan semangat

cukuplah kau yang aku mahukan
kau yang aku perlukan.
bukan die..
hanya kamo....




















 

Thursday, November 18

~~ADAMKU~~

Lelaki idamanku.
Seorang lelaki yang aku idamkan
ialah seorang BUTA, BISU, BAKHIL, PAPA~~~

Biarlah dia seorang yang BUTA
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang BISU
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg BAKHIL
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang PAPA
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada

"yaallah, temukan lah aku dengan seorang insan yang bergelar LELAKI yang mampu memimpin tanganku menuju jalan kebenaranmu yaallah. sesungguhnya aku sememangnye diciptakan olehmu dari tulang rusuk LELAKI yang sememangnye bengkok. aku HAWA yang lemah, aku perlukan kekuatan ADAMKU untuk menjadikan aku penghuni syurgamu bersama hambamu yang bertaqwa.. ya allah jika die benar untukku, kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku tetapi jika dia bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu...yaallah engkaulah tempat kubergantung harapanku.. kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-mu... amin.."

"caucendol, causinchi, caucincau, chow kit road"