Monday, April 30

pesanan buat bakal suami..



awak..
nak pesan satu nie.
harap awak ambik berat lah ye.

takde lah penting sangat pun
tapi nak bagitahu awak jugak..

awak..

hati saye nie ade satu jer.
nie pun dah pernah retak..
tapi, dulu lah.
dan..
kini sudah sembuh sepenuhnye!!
sebab..
orang tak sudi terima hati saye..
kesian kan awak??

tapi...

mungkin ade hikmahnye
mungkin Allah nak bagi hati saya untuk insan yang boleh jaga kan?
dan..
insan itu adalah awak..
terima kasih sudi untuk menjaga hati saya.

tolong jangan biarkan hati saya dalam kesedihan
tolong jangan biarkan hati saya dalam keresahan
tolong jangan biarkan hati saya dalam kemarahan
tolong jangan biarkan hati saya dalam kekerasan

kesedihan dengan ujian allah
keresahan dalam kemewahan dunia
kemarahan dengan bisikan syaitan
kekerasan dengan noda dan dose.

tolong ye awak.

sudilah menjadi 'adam' buatku
sudilah menjadi imam untukku

make me strong



ade telinga kan?
so dengar lagu nie baek2

ade mata kan?
so, hayati liriknye nie baek2

ade hati kan?
so, dalami lagu nie baek2

please ALLAH. make me strong.

Sunday, April 15

apa khabar Iman??

assalamualaikum..

wahai Iman.
ape khabar kau hari ini.
semakin sihatkah engkau??
masih berdukakah engkau??

Iman,

aku tahu kadang2 engkau tak cukup kuat menempuh ujian ALLAH.
aku jugak tahu kadang2 kau terlalu lemah berdiri sendirian.
dan aku jugak tahu engkau hampir putus asa dengan rahmat tuhan.


jika air mata mu itu mampu memberi sedikit ketenangan,
maka.. menangislah wahai iman
keranan air mata mu itu bukan bererti kau lemah
tetapi,
memberi erti engkau sudah terlalu lama kuat.
tapi, ingat lah engkau. percaya lah engkau,
serta yakin lah engkau.
sesungguhnya..
tuhan sememangnya pelihara engkau setiap masa.
DIA tidak terlepas pandang dari melihatmu

Iman,

jangan terlalu sedih. bukan ALLAH tidak sayang engkau.
sebaliknya terlalu sayang. sayang sangat2
dan DIA terlalu rindu mendengar suaramu
maka rayulah kepadaNYA.
pohon lah kepadanyaNYA
luahkanlah segala kesulitan kau padaNYA
menangislah depan DIA
carilah DIA serta dekatilah DIA
kerana DIA sememangnya menunggumu.

Iman..

usahlah engkau tanyakan kepada tuhamu
"mengapa jadikan aku begini dan bukan begitu"
"mengapa takdir orang itu lebih baek dari takdir untukku'
mengapa..mengapa dan mengapa lagi..
belajarlah menjadi hamba yang bersyukur.
sebab Allah itu maha adil.
telah DIA tetapka sesuatu untuk sesuatu
jangan lah menjadi seperti iblis yang tidak tahu erti syukur sehingga di campak dalam kehinaan.
nauzubillah..

Iman,

Jangan lah engkau mengaku kalah. Sesungguhnya ujian dari tuhan itu ade nikmatnye.
Tingkatkanlah sedikit kesabaranmu itu untuk untuk sedikit masa sahaja lagi.
Mungkin dengan kesabaran itu engkau memperoleh suatu kemenangan. Kerna..
Tuhan tidak akan menguji setiap hambanya dengan sia-siasebaliknya ingin memberi ganjaran yang setimpal dengan rasa sakitmu itu.
Dan DIA tidak akan menurunkan ujian sehingga engkau tak terdaya. Tetapi, jika engkau tetap berputus asa dengan dugaanNYA, itu bukan bermakna tuhan itu zalim. Malah, Iman mu belum kuat untuk menjadi antara orang yang beriman.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesunggunya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta" (al-'Ankabuut:2-3)

 

Iman.. sesungguhnya engkau tidak bersendirian.
tetapi engkau bertuhan

sekian untuk Iman