Showing posts with label islam itu indah. Show all posts
Showing posts with label islam itu indah. Show all posts

Thursday, February 2

tentang uztaz don

assalamualaikum

aishhh.. ustaz nie dah makin popular kot sekarang. aku rasa aku dah jatoh cinta lah dengan ustaz nie. oppss... tak2, jangan salah paham yer. just jatuh cinta tengok die bagi ceramah jer. jatoh cinta dengar die mengaji. memang minat gileq ahh u noe.. anak sapa lah nie. sejuk perot mak die mengandungkan die kan?? . tahniah la dekat ustaz nie. aku rasa nak nanges jer bile dengar die ngaji. subhanallah.. touching kot dengar suara die baca ayat2 allah tuh. seronok jer dengar. aman jer rasa hati.. sangat tenang ok. silap2 boleh menitis air mate kalau dengar die mengaji

sonok kot tengok die bagi ceramah. simple and senang jer nak paham. kadang2 nampak comei jer bile die blur2 sekejap tyme die bagi ceramah. and yang paling penting die nampak bersemangat nak bagi kite betol2 paham ape yang die cube nak sampaikan. siap buat analogy bagai lah.. terbaekk yoo..(clapping)

~~stylo lah ustaz~~

Friday, December 9

tengah2 elok dok layan perasaan marah aku tadi. tetibe aku tertengok link kat sini.

sebelum nie ade jugak rasa tak puas hati dengan tuhan. astagfirullah... terukkan?? 
aku manusia biasa. kadang2 hati tak sekuat mana nak pun tempuh hidup nie. nak2 bila tengok orang lain dah berjaya. tapi aku?? bila pulak kan.

so bile aku bace artikle nie. aku betol2 insaf. siape kita kan nak persoalkan benda ghaib. so aku rasa, soal rezki aku tuh bia lah tuhan uruskan. rasanya hanya DIA yang layak. aku hanya mampu berdoa jer. berdoa dan berdoa.



ustazah zubaidah penah pesan "tahu tak kenapa tuhan tuh lambat makbulkan doa2 orang islam tapi cepat jer makbulkan doa orang kafir? sebab tuhan benci dengar suara orang kafir meminta2 tatapi tuhan suka dengar dan terlalu rindu nak dengan suara orang yang beriman merayu, merintih dan memohon kepadaNYA sebab tuh tuhan tuh lambat jer bagi ape yang kita mintak"

sekadar peringatan untuk die sendiri dan membaca blog aku:
jangan lah kita persoalkan kerja tuhan. sebab kita nie hanya hamba die jer. kalau kite tak ikot ape yang tuhan perintahkan. adakah kita layak untuk dapat ganjaran tuhan?? jom kita flashback balek sejarah kehidupan kita..

Saturday, November 26

kenapa kamu tidak sedih?

seorang lelaki melamar seorang perempuan..

tetapi hasratnya ditolak. cintanya bertepuk sebelah tangan

tetapi..

dia tidak sedih.

lalu, kawannya bertanya "kenapa kamu tidak sedih?"

maka lelaki itu menjawab "mengapa aku patut bersedih? aku hanya kehilangan seorang perempuan yang tidak pernah mencintai aku. sedangkan perempuan itu hilangan sesorang yang benar-benar mencintainya"


tahu tak, kebanyakan lelaki suka mengurat, melayan or tackle awek sana sini. tapi diorang nie bukan nak bercinta ke hape ker. cume suka2 jer sebab lelaki sebenarnya susah nak jatuh cinta. betol. tak tipu..tapi sekali die jatuh cinta, itu lah pilihannya sampai akhir hayat. tak akan berubah!! so kepada perempuan yang terpilih memiliki lelaki seperti itu, hargai lah beliau. sesungguhnya beliau tersangat2 mencintai anda.

terima kasih mohd fauzi kerana menjadi lelaki seperti itu :)

Monday, August 1

kisah 2 hari sebelum puase

woha!! dah stat pose wupenyer kan hari nie. pejam celik, pejam pelik celik dah jumpe ramadhan balik. rase kejap jer masa nie jalan. tak trase bulan pose pon senanyer. tau2 ni hah uncle (Datuk Syed Danial Syed Ahmad) kat bawah ni dah wat pengumuman pose.. 


hehe.. prasan tak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dah tuka orang. aku rasa dah lebih 23 tahun dah uncle (YM Engku Tan Sri Dato' Sri Ibrahim Engku Ngah) nie wat pengumuman pose and raye kan..kan.. cool and tenang gileq jer die wat pengumuman.. sampai aku tak sabo tak tau keputusan die.. nway. tq la uncle. good job lah. pasnie mesti windu kat uncle kan.kan..hehe~~

cam bese lah kalo masok jer bulan pose mak aku lah yang kalut. masak tuh masak nie. tapi wan aku plak kalut suruh cucu2 die wat nie, wat tuh. aigoo.. kadang2 memang boleh berperang dengan wan. geram kot.. haha~~ nasib aku nie cucu mithali kan. (perasan disitu)

2 hari sebelum puase mak aku dah semangat pegi paso beli daging, paru, hati nak wat rendang. and tulang wat masak sup. jangan tak tau, feveret aku nieh.. kalau mak aku tak beli memang aku merajok sebulan la kan. hehe~~ kesian jugak la kat mak aku mane taknyer 1 kuali beso wat rendang. gile banyak kan. mane tak nyer nanti bagi kat makteh aku sikit, pakuda sikit. sharing2 la kan. sharing is loving kan. tak gitu?? ngeh3~~


kat tempat aku ktorang ade mantai. mantai tuh lebih kuang cam bazar jual daging2 lembu yang baru sembelih lah. ehh2 nie bukan sebarangan mantai nie. setiap tahun wakil rakyat turun padang wat perasmian kat bazar nie.. gile havoc kan. aku tak tau la tempat korang ade ke tak. myb ade and name die mesti len kan.



 sumber gambar : dari fb YB Datuk Hj. Johan


p/s : hebat kan beranang? so, agak2 nak rase camne hari mantai nie. apo laie moh la kito turun beranang. cam2 ado.. hehe~~

tyme bulan puase nie lah kite boleh menilai diri kite sendiri. sama ada baik atau sebaliknya sebab semua syaitan kene ikat. yang ado hanye lah nafsu kite. so pandai2 lah kite kawal nafsu masing2 ye.. ehee~~



so, nak wish kat sume kawan2 selamat berpuasa dan menunaikan tarawih. 
kalau berbuke tuh jangan lah bernafsu sangat ye.. hehe~~
semoga ramadhan kali ini di berkati allah. insyaallah..


Dari Mu'az bin Jabal r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepadanya: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebajikan?" "Mahu, ya Rasulullah", jawabku. Baginda pun menerangkan,  sabdanya: "Puasa itu perisai (dari kejahatan) dan sedekah pula menghapuskan dosa sebagaimana air memadami api "


(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)


Friday, July 8

kawan aku cakap...

"bumi yang mana tak di timpa hujan, manusia mana yang tak penah buat dosa"
 
ade kawan bagi nasihat. die kate, nabi pesan ade 2 benda yang kene selalu ade dalam diri seorang manusia

1. TAKUT - takot amalan kita tak cukup sebagai bekalan untuk masok syurga Allah
2. HARAP - harap Allah sayangkan kite dan pilih kite sebagai ahli syurga


Saturday, June 25

dari DIA kita dtg, kpd DIA kita kembali

Setiap hamba Allah yang hidup pasti menemui mati.


Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,
dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.
Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,
maka janganlah berasa gentar dan takut,
janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “Laa ilaa ha illallah Muhammadur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar,
dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu
supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassalamu alalmursalin, walhamdulillahi rabbil alamin.

Al-Fatihah buat arwah atok Ismail B. Ujang, yang telah kembali mengadap ilahi pada 21 Jun 2011 (19 Rejab 1432). semoga roh atok dicucuri rahmat dan berbahagia disana. amin..