Tuesday, October 16

Muti'ah

assalamualaikum..

aku nak jadi macam muti'ah... "ya allah, bimbing lah aku jadi maca perempuan ini" aminn..

siapakah muti'ah??

tahu tak muti'ah nie adalah perempuan yang pertama akan masuk syurga.


Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti’ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?


apekah kebaikan yang telah Muti'ah nie dah buatkan. mesti korang tertanya2 kan.
dan aku sangat tersentuh baca kisah nie bile..


"Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?" tanya Fatimah

"Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalu suami saya sedang makan, saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, "sedap", takkan terjadi apa-apa. Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami".

"Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu" tanya Fatimah

"Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang penyanyang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami."


kalau nak tau lebih detail..

dah baca??
camne??

hebatkan muti'ah nie??
sangat menghormati suami..
sebab tuh lah dia nie boleh jadi wanita pertama masuk syurga..


Nota kaki:
Sesudah Fatimah pulang, dia menemui baginda s.a.w dan baginda memberitahu Fatimah bahawa Muti'ah adalah orang yang bertanggungjawab membawa kenderaan yang menbawa Fatimah masuk ke syurga. Sebab itu Muti'ah masuk syurga dahulu :)

Sekian...


Saturday, October 13

bebelan petang

assalamualaikum..

hai.. selamat petang

hari nie aku cuti. memang cipta sejarah lah. dari bangun subuh sampai sekarang aku tak tido pon. selalu kalau ade masa cuti macam nie memang keja aku terbongkang jer lah ateh katil tuh. lagi2 sekarang nie musim hujan kan. memang lagi syahdu dah sambung tido.

ermm.. pagi2 lagi dah masuk dapur. teringin sangat nak makan nasi lemak. padahal boleh jer suruh abah beli dekat kedai. dan memang selalu beli kat kedai pon tapi mengade2 nak masak sendiri. wahh!! jujur cakap nie, aku tak penah pon masak nasi lemak. seyes. tak tipu. memang tak penah ok. tapi tak tau lah kenapa tibe2 nak masak sendiri nasi lemak tuh.

dah lah nak masak terkejut macam tuh kan. so memang bahan tak complete sangat lah nak masak pon. santan takde, timun tak de, kacang pon takde. ermm... macam2 lah takde. yang ade pon kepala parut dalam peti ais tuh. tak tau lah bile punyer kepala parut tuh. haha..

so terpaksa lah perah kelapa tuh sendiri. dah nak makan sangat kan. so buat jer lah

sebenarnyer, aku jadi rajin nak masak lately sejak tengok masterchef. aku rasa macam senang jer dorang nie masak. campak2 trus jadi jer. dah tuh nampak sedap. so dari situ semangat nak masuk dapur dan masak. ehee..

even fisrt tyme masak, wan kate sedap. just nasi jer tak cukup santan sangat. huhu..

erm.. pasni nak try masak spegetti plax. tapi tak taw lah bile.

note : tengah abiskan masa tengok mastercheff dari pukol 12 tadi.. lalalala...