Thursday, June 30

perlu sangat ker bz body??

apa yang masyarakat kite sebenarnyer fikir??
1. gile harta pangkat
2. jaga tepi kain orang
3. santau orang, sihir orang.

aku nak ambik perkara no.2 jaga tepi kain orang. tuh la habit masyarakat kite. nak2 lagi yang had tinggal dekat kampong2. aku tak kate pon semua macam tuh, tetapi segelintir jer. nak2 aku yang sememangnyer gadis kampong. woha!!.. kepoyoan di situ. ahakz.. so, aku dah sedia paham dan hafal dah perangai2 masyarakat kite nie. suke bebenor lah potpet sane, potpet sini.. gosip sane sini.. ohh!! annoying gile!!


and...

yang cannot go tuh had makcik2, nenek2. adoi  aii "makcik, boleh tunjuk perangai molek sikit tak dekat saye yang baru nak masok alam remaje nie" woha!! perasan mude plak.. mereka yang terlibat dalam ini gambar suke beno cerita2 sal keburukan anak oran tuh, anak orang nie.. adehh tolong lah bawak cerita2 nabi ker, kisah hikayat buluh betung ker ado jugak la paedah eahh nie tak

makcik 1 : "kau tau tak anak dara si anu tuh pot,, pet,, pot,, pet
(dengan gaya mulut yang senget benget, tangan tergoyang macam nak pukul lalat)

makcik 2 : "ye ke?? tak tahu la pulak. bukan dengar cite die bla..bla.."

dan berterusan lah makcik2 tuh busy body hal orang sampai terlupe hal umah tangge sendiri. camne tuh??

tuh yang pangkat makcik2. yang pangkat pakcik2, atok2 pulak suke nyembang kat kedai kopi berjam2.. kalau nampak budak2 belonggok tepi2 jalan marah2 kate anak2 mude sekarang takde wawasan 2020 lah, takda matlamat hidop lah. padahal golongan veteran pon same jugak. 2x5 jer. cume versi jer berlainan. ermm entah la ape la masyarakat kite nie fikir sebenarnyer??

terfikir sejenak :
kalau bab2 menjaja cerita, mengumpat and bla..bla..bla.. sume perangai tuh tuju dekat orang pompuan. ahh sangat2 sedih bile di labelkan macam tuh. tapi ape boleh buat, itu lah masyarakat kite.. memang agak susah nak buang lebel mengumpat dengan perempuan. orang kate dah jadi karakter semulajadi perempuan.. ermm.. payah2..

tuh baru bab bz body. belom bab santau2 orang. tuh pon ketogori masyakarat kite. nanti2 la cite bab tuh plak.. cam dah panjang beno entry nie.. kang mati kebosanan plak kome2 bace. hehe~~

Saturday, June 25

dari DIA kita dtg, kpd DIA kita kembali

Setiap hamba Allah yang hidup pasti menemui mati.


Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,
dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.
Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,
maka janganlah berasa gentar dan takut,
janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “Laa ilaa ha illallah Muhammadur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar,
dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu
supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassalamu alalmursalin, walhamdulillahi rabbil alamin.

Al-Fatihah buat arwah atok Ismail B. Ujang, yang telah kembali mengadap ilahi pada 21 Jun 2011 (19 Rejab 1432). semoga roh atok dicucuri rahmat dan berbahagia disana. amin..