Wednesday, June 27

2-06-12

assalamualaikum...

tenang...

alhamdulillah...
selesai sudah majlis perkahwinan aku termasuk majlis sambut menantu pada ahad yang lepas.
rasa ringan sangat...
rasa dah tak ade benda yang serabut nak fikir.
hanya fokus fikir macam mana nak lalui kehidupan baru, fikir macam mana nak menjadi isteri yang menyenangkan hati suami. fikir macam mana nak uruskan rumah tangga. dan macam2 lagi lah nak kene fikir.
bile dah hidup berkeluarga memang kena dan wajib jadi matang. segala benda. dah tak leh nak budak2 sangat dah. hehe..






  



*****

2 jun 2012. akan aku ingat sampai bile2.
saat abah menikahkan aku. dan saat suami melafaskan akad.
tyme tuh memang seakan2 tak percaya sudah sah sebagai seorang isteri.
"dahh ea" aku tanya ema.
seyes macam tak percaya. ingat nak testing2 ye.
tak sempat aku nak feeling2. haha..
tapi ok gak camtuh. tak la rosak mekup i.. haha..








tapi beberapa minit sebelum majlis akad nikah tuh berjalan, aku dan abah sempat tertatapan mata. sayu jer tengok mata abah. aku tak mampu nak tengok lama. aku tunduk. sebak ok. abah sendiri yang nikah kan aku. bermakna abah memang restukan hubungan ini. terima kasih abah..

*****

along. tu abang aku. aku ade die sowang jer. tyme majlis kawen aku tuh die baru baek deman.. aku tak tahu. tapi sshafik kazen aku yang cerite along nangis selepas majlis akad nikah tu. seyes malam aku nikah tuh memang aku tak nampak along langsung sampai lah cik suami balek homestay malam tuh. sayang along. dan yang paling sedih. aku takde sekeping pon gambo kawen dengan along...

No comments: