Monday, January 24

..gastrik ohh gastrik...

Assalamualaikum. Kali nie, aku nak tulis sesuatu fakta dalam entry aku. Aku nak share ngn korang pasal satu penyakit yang selalu kite dengar, kite tahu dan ada sesetengah dari korang  penah alami sendiri. Termasok la aku. Penyakit hape?? Penyakit gastrik. Penyakit hape tuh?? Hah!! Ni la yang aku nak bagi tau nie. Hehee~~ Menurut gerak hati aku (maksudnyer, suke hati aku la nak cakap gastric tuh hape..hohoho…)  gastrik nie satu penyakit dalam perut. Seorang pesakit yang menghidapi sakit nie akan rasa pedih die sekitar perut dan yang paling dasat gastrik mampu membuatkan pesakit rasa ngilu dan sakit menyucuk2 dekat ulu hati. Dan korang kene tahu bile penyakit nie dah kronik tahap gaban, seseorang tuh akan muntah2 dan sakit di bahagian rahim (bg perempuan) betol ker xbetol jgn tanya, sbb aku bkn doctor. Aku adalah salah seorang insan yang terkena penyakit nie..sakit ooo… bukan nak chong la, aku penah kene, sakit samapai tak boleh nak bangon dan guling2 tahan sakit..sungguh!! aku dah lebih 10tahun merana sakit gastrik nie. Dan yang paling penting gastrik susah nak sembuh. Kesian kan. Aku punyer gastrik teruk jugak la sampai gigi aku terhakis.. see!! Terukkan. Korang mesti pelek sakit kat perut tp gg plak yang terhakis. Betol!! Believe it or not, believe it!! Aku tak da masa nak kelentong ok. Bende nie terjadi tyme aku nak pg tampal gg. Aku pk gg aku berlobang sbb asal mkn daging jer terselit kat gg.. huhu~~ bile chek doc, die kate tak de lobang tp kesan terhakis. Siap detect aku da gastrik lg. bile die tau aku da gastrik, die bebel kate jg pemakanan la, jg waktuh mkn.. bla..bla..bla.. huhu~~
  
-gaviscon-buscopan-tagamet-gelusil- (nie la ubat y aku slalu ambik bile da sakit)

Tapi, istilah gastrik dari sedut sudut para ilmuan, gastrik secara saintifiknyer adalah luka terbuka yang terbentuk di lapisan dalam perut, ia boleh merebak sepanjang tiub esofagus sampai kerongkong. Tanda yang paling utama ulser gastrik adalah sakit perut yang agak ketara. Ulser gastrik ini merupakan masalah kesihatan yang agak biasa di kalangan manusia zaman moden, sekurang-kurangnya 15% populasi pernah melalui masalah gastrik ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Walaupun ulcer gastrik tidak boleh membawa maut secara langsung, tetapi ia mengganggu cara hidup mangsa dan meningkatkan risiko untuk mendapat kanser perut pada masa depan.  

Punca Ulser Gastrik Walaupun tekanan emosi dan makanan pedas pernah dianggap sebagai punca utama ulser perut, tetapi kini doktor mengetahui bahawa penyebab masalah ulcer gastrik yang paling utama adalah ialah sejenis bacteria yang digelar Helicobacter pylori (H. pylori). H. pylori hidup dan membiak di dalam lapisan mukus yang menutupi dan melindungi dinding dalaman perut dan usus kecil. Dalam keadaan yang normal, bakteria H. pylori tidak menyebabkan apa-apa masalah kesihatan. Tetapi apabila keadaan dalaman badan menjadi lebih berasid, ini akan menggalakkan pertumbuhan bacteria H. pylori ini sehingga ia mengancam lapisan mukus perut dan menyebabkan lecuran atau pencederaan dalaman yang digelar ulser gastrik.Walaupun H. pylori adalah punca yang paling utama ulser gastrik, tetapi ia bukan satu-satunya punca yang sudah dikenalpasti. Selain daripada H. pylori, terdapat juga punca-punca lain yang boleh menyebabkan ulser gastrik perut, antaranya adalah: 

•    Merokok. Nikotina yang terdapat di dalam tembakau boleh merangsang penghasilan jus gastrik yang lebih banyak yang seterusnya menyebabkan ulser gastrik. Merokok juga boleh melambatkan proses penyembuhan ulser gastrik yang sedia ada. 

•    Tekanan emosi. Walaupun tekanan emosi bukan punca yang ‘direct’ masalah gastrik tetapi ia masih merupakan satu faktor penyumbang. Tekanan jiwa boleh memburukkan lagi keadaan ulser gastrik yang sedia ada dan menghalang proses penyembuhan.

•    Pengunaan ubat hilang sakit yang kerap untuk tempoh masa yang panjang.  Ubat jenis . Nonsteroidal Anti-inflammation Drug (NSAID) boleh merangsang atau menyebabkan keradangan pada lapisan dinding dalamn perut dan usus kecil. Ubat-ubat hilang sakit yang lain seperti Panadol, aspirin, Vortex, dan lain-lain lagi turut boleh mencetuskan sakit gastrik  yang ketara.

•    Pengambilan alkohol yang berlebihan turut boleh merangsa dan menghakis lapisan mucus di dalam lapisan dalaman perut anda dan ia juga meningkatkan jumlah asid gastrik yang dihasilkan. 

********
Erm… tuh adalah sedikit sebanyak fakta gastrik yang aku dapat dr sumber2 yang boley dipercayai. Betol ker tak betol tuh aku tak pasti la an. Yang aku tau gastrik nie sakit. Huhu~~   

Selalunyerkan sakit gasrtik nie sbb lambat makan atau pon perot kosong tp ade jugak orang yang mengalami sakit or gastrik selepas makan kerana asid gastrik dalam perut mengalir balik ke dalam esofagus iaitu laluan penghubung mulut dan perut. KETIDAKSELESAAN yang dialami selepas makan seperti pedih ulu hati, sakit dada dan ‘panas’ pada bahagian atas perut sering dianggap sebagai gangguan biasa yang boleh hilang selepas beberapa ketika. Jika korang mengalami gejala ini, korang sebenarnya mengalami masalah dipanggil gastroesofageal refluks atau asid refluks (GERD). 


********

+++pesanan peribadi untuk korang+++
*khas untuk yang dah ada gastrik* 
1.    Paling2 penting jaga waktu makan. *bende nie lah aku ssh nak wat, sbb slalunyer breakfes and lunch aku jamakkan..hahaha*
2.    Jangan makan makanan pedas dan masam. no..no..no..!! *tuh la fevered aku, bile mkn kat kedai siap demand wat kan pedas..pedas.. pedas.. pedas..pedas.. perhh smpi 5x pedas..cmne tak kene gastrik kan..huhu* 
 3.    Kurangkan minuman bergas *nie jer aku ley wat sbb aku xsuke sgt minum air gas..yes!!* 
4.    Kurang2 kan makan benda2 yang berangin cm pucuk ubi, nangka and so onn *nie lg 1 pntang aku.. pantang jumpe. Nak2 balik umah sure suh mak wat rebus pucuk ubi cicah belacan..huhu* 
5.    Bile gastrik dah serang, tyme tuh korang jangan la nak gedix2 santai minum susu panas or makan roti. Tak tau la nie fakta ker auta..*susu and roti adalah protein yang boleh bertukar kepada asid amino, yang buatkan perot korang lagi sakit dan kembong* kalau nak minum susu dan makan roti boley tapi sebelum diserang ngn cik gastrik..hehe~~  

sa no to benda2 masam. jgn igt sume buah bagos untuk kite k
hah!! tlg3..lah jauhkan mknan pedas. ns lemak nie cth jer.. ark lapo lak..kiki~~
ni y teramat penting kne jauhkan. bukan nak elak gastrik jer tp dpt elak kencing masam manis

********

+++FAKTA MENARIK+ ++
Majority pesakit gastrik adalah PEREMPUAN sbb : 
1.    Perempuan nie takot gemok. Bile takot gemok mule lah nak diet2. Makan sehari sekali jer. Hahaha~~ *nie pengalaman sendiri..hehe* haruslah, perempuan sentiase nak nampak slim. Tuh bile dah byk spare tayar mule wisau and xmo makan..wee~~
2.    Perempuan nie bersifat jimat cermat. Bile bab makan berkire. RM3 pon dah kate makanan tuh mahal. Tp beli baju2 sampai berpuluh2 hengget relex jer..hahaha~~ 
3.    Perempuan nie emosi dan cepat stress.(nak2 bile “bulan” terang..hehe). so, jgn tension2. Take smthg easy!! (betol ker English aku nie) hehe..ape2 jer la an. 



No comments: