Wednesday, July 18

Dah ade ker??


Lately memang badan tak sedap jer. Entah la. Sampai ade dua tiga orang budak opis tanya. "asal wanie nampak lemah jer. dah ade ker?? ade lagi pulax sowang manager tuh lagi straight kau. Slumber tokek jer "wanie, u dah pregnant ker?" gulp2.. entah, tak tahu..




1. Perubahan ketara pada mood

Sering marah-marah pada suami atau sesiapa sahaja dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.Pada masa ini anda lebih mudah bersifat emosional dan sedih pada sesuatu perkara.


yup!! hundred  percent correct!! rasa nak ngamok jer dengan Mr. F tuh. kadang dia dah layan aku sebaiknya tapi aku tetap nak marah2 die jugak.. pastu aku merajok sowang2.. haha..kecian dia.. sorry sayang


2. Merasa tidak bermaya


Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan

Kadang2 aku tak kerja ape pon sehari tuh tapi still tak bermaya jugak. dan cam terover dos pil tidur pulax. mamai jer aku rasa.


3. Sembelit

Sembelit atau susah membuang air besar adalah salah satu tanda-tanda awal terjadinya kehamilan. Peningkatan jumlah hormon progesteron menyebabkan proses pencernaan berjalan lambat sehingga berlakunya sembelit. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan masalah ini.

Ermm nia susah sikit. sebab aku hari2 sembelit jer rasa.. haha..


4. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

Nie satu penyakit aku yang baru. lapo jer 24jam. dah makan nak makan lagi dan nak makan lagi.. kadang nak terlalu kenyang tapi nak makan jugak dah ngope orang tak makan setahun.. huhu..



5. Sakit kepala

Sesetengah wanita akan mengalami sakit kepala yang ringan pada awal kehamilan terutamanya minggu pertama kehamilan. Sakit ini mungkin disebabkan oleh peningkatan sirkulasi darah akibat perubahan hormon yang berlaku.

Dah seminggu sakit kepala dengan sakit pinggang. bile jumpe doc die bagi aku ubat pening dengan ubat sakit otat. pe cer?? cam tak ada kaitan jer pening dengan otat. tak paham aku!!


Dannn...
Setiap pasangan yang sudah sah menjadi suami isteri for sure lah nak ade baby kan. macam aku jugak lah. kalau boleh memang nak baby awal. setiap anak kan rezeki. tapi Allah yang lebih mengetahui bila DIA akan mengurniaan aku rezki sehebat itu. i'm waiting...

Tapi antara tanda2 nie. No 1 dengan no 5 yang paling ketara aku alami sekarang nie.. agak2 ade harapan tak?? Pray for me k..

 
sumber : mamamurai

No comments: