Monday, July 23

Ramadhan : Jom Sahur

Assalamualaikum


ok aku just nak ambik masa 5minit jer tuh update blog. 
sebab dah pukol 11. wajib tido sekarang. sebab besok nak bangun sahur pukol 4.30pagi.


just nak share pasal kebaikan sahur


Rasulullah saw bersabda yang maksudnya "Bersahurlah kamu kerana sesungguhnyanya pada sahur itu ada keberkatan"


Keberkatan ape??


1- Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

2- Supaya dapat membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

3- Dan yang paling penting, waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T. 


Sebenarnya aku...
rindu nak sahur maggi dengan biskut cap pingpong cicah milo dengan buddy zaman muda2 dulu
rindu tyme sahur dengan geng2 anak 'sidek'
-makcik supir (BKL) - sizuka
-tentukan lication sahur - alyn
-buddy - alarm kejut budak2 bagun sahur
- nisak and aku - layankan jer..





alamak takde pulax koleksi BKL dlm simpanan aku. yang ade pon kene sport serba manual nie. keto nie pon ado jugak ktorang bawak tyme pegi bersahur. siap ade rantai kau. tuh lah park depan blog lagi. kau ingat abah kau punyer parking keto ko.. hehe.. 




nie lah geng jahat tuh. kapla die budak kat tengah2 tuh. hehe..

ok!! dua puloh minit gak masa update blog nie jadinya. haha..

cop!!

terakhir sekali, jangan tinggal sahur..

selamat bersahur :)

No comments: